Sabtu, 30 Mei 2015

Rindu Sangatlah Rindu

Rindu Sangatlah Rindu

angat merindui saat itu... Sungguh... Tiada siapa yang dapat membaca isi hatiku... Hati yang sangat merindu... Rindu... Saat baring dan lepak-lepak di atas katil bersama mak... Sambil abah membaca akhbar di kerusi malas... Rindu... Saat abah menjinjing plastik kerang dan pucuk paku... Lalu abah menyuruhku membuat kerabu... Rindu... Saat mak memanggilku bertalu-talu... Meminta dicabutkan uban serta memicit badan dan bahu... Rindu... Saat semua kakak, abang dan adik-adik pulang ke Bidor... Bergosip dalam bilik mak sampai tak tidor... Rindu... Saat tinggal di Manjung... Mak dan abah selalu datang berkunjung... Rindu... Saat-saat itu... Namun ku tahu ia tak mungkin lagi akan bertamu... Semakin hari semakin jauh meninggalkanku... Namun ia tetap tersimpan dalam sanubariku... Rindu Sangatlah Rindu

Tahniah Chelsea! Arsenal cuba kekalkan momentum berterusan di tangga kedua.

Tahniah Chelsea! Arsenal cuba kekalkan momentum berterusan di tangga kedua.

Latest 2:44 PM Tahniah Chelsea! Arsenal cuba kekalkan momentum berterusan di tangga kedua. Home » arsenal » chelsea » hull city » Tahniah Chelsea! Arsenal cuba kekalkan momentum berterusan di tangga kedua. Tahniah Chelsea! Arsenal cuba kekalkan momentum berterusan di tangga kedua. A+ A- Print Email Semalam Crystal Palace tewas kepada Chelsea dan itu menjadi penanda kejuaraan BPL untuk musim ini yang menjadi milik Chelsea. Walaupun ternyata mereka pasukan yang dikendalikan oleh pengurus yang bongkak tetapi mereka memiliki ketahanan sewaktu mengharungi saat tertekan dengan ramai pemain utama mengalami kecederaan. Apa pun tahniah Chelsea. Berbalik kepada perlawanan seterusnya untuk Arsenal, jam 3 pagi esok The Gunners akan turun menentang Hull City. Ketika ini Arsenal berada di kedudukan ke 3 liga dengan kekurangan 2 perlawanan berbanding Manchester City (tangga ke 2) dan Manchester United (tangga ke 4). Mungkin Arsene Wenger akan menurunkan kesebelasan yang berbeza kali ini. Ini peluang untuk pemain muda diberikan ruang beraksi dan menunjukkan kualiti mereka. Perlukah rotation ini? Sangat perlu untuk elakkan pemain utama alami kecederaan. Kemuncak untuk Arsenal tahun ini adalah final FA Cup pada 30hb May nanti menentang Aston Villa. Jadi pasti Arsene Wenger tidak mahu melepaskan peluang mendakap piala tersebut buat kali kedua berturut-turut. Apatah lagi ianya satu-satunya peluang yang tinggal untuk menjulang piala :)

Top